
Dapatkan Mesej Bergambar di SiniSALAMUALAIKUM,
Salam penuh kebahagiaan dan salam 1 Malaysia. Selamat Hari Guru wahai semua pendidik yang terus berusaha gigih demi anak bangsa baik di SMK JPSHAS mahupun mereka yang berada di luar sana.
Di hari yang penuh berbahagia ini, ingatlah satu hadis Rasulullah Sallallahua'laihiwassalam bahawa ; Apabila mati seseorang anak Adam itu, akan terputuslah semua perkara kecuali 3 perkara yakni ;
- Sedekah jariah.
- Ilmu yang bermanfaat.
- Dan doa anak yang soleh.
Cuba lihat kepada kepada hadis ini, ternyata ketiga-tiga perkara tersebut amat bertepatan dengan kerjaya seorang guru. Tingginya martabat seorang guru seolah-olah ilmu yang dicurahkan dapat diumpamakan sebagai suatu sedekah jariah. Bahkan, kalau sesuatu ilmu yang baik itu juga dimanfaatkan sebaik mungkin dan berterusan pula amalannya, maka akan berterusanlah pahala dan ganjaran yang akan diperoleh oleh tuan yang empunya diri kerana mencurahkan ilmu.
Doa anak yang soleh juga turut melibatkan fungsi seorang guru yang mendidik dan membentuk para pelajar hari ini menjadi seorang pelajar yang berjaya dunia dan akhirat. Semua itu, sedar atau tidak, seseorang guru telah memainkan fungsinya yang amat penting sekali. Lebih-lebih lagi di era kemodenan ini yang menuntut seorang guru perlu lebih berusaha, sabar dan teguh keyakinannya dalam menghadapi cabaran.
Andai sabarnya seorang guru itu mendidik dan mengharungi cabaran yang wujud pada masa kini, maka akan bertambahlah ganjaran di sisi Allah yang mana Allah sahaja yang tahu balasan ganjaran untuk hamba-hambaNya. Oleh itu, para guru JPSHAS, banyakkanlah bersabar dalam menghadapi karenah anak-anak didik. Mudah-mudahan, di akhirat nanti beroleh berkat dan keredhaan dari Allah S. W.T.
Andai tersalah kata harap dimaafi, andai tarsalah bicara, harap dapat ditegur agar tidak tersilap.